Sinopsis Jiwa Taiko

Pengarah : Osman Ali Genre : Aksi, Cinta Tarikh Tayangan : 14 Jun 2012 Durasi : 92 min Sinopsis: Jiwa Taiko Jiwa Tai...




Pengarah : Osman Ali
Genre : Aksi, Cinta
Tarikh Tayangan : 14 Jun 2012
Durasi : 92 min

Sinopsis:
Jiwa Taiko Jiwa Taiko adalah merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan di antara mereka. Kisahnya bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta. Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya. Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto. Lara melarikan diri daripada Pinto kerana Pinto memaksa Lara menggugurkan kandungan. Lara bersembunyi di suatu tempat yang sunyi lalu dijumpai oleh rakanrakannya. Lara dibawa pulang ke rumah Wiracinta dan dijaga dengan baik setelah mereka tahu yang Lara sedang mengandungkan anak Pinto. Firman dan rakan lain membawa Lara Ke Klinik untuk menggugurkan kandungan tetapi Lara tidak sanggup dan terus memeluk Firman. Trisya mahu memutuskan hubungannya dengan Firman kerana bagi Trisya Firman patut bersama Lara di dalam keadaan Lara yang memerlukan orang di sampingnya. Firman tidak dapat menerimanya tetapi Firman hanya mengikut kehendak Trisya. Pinto datang ke Wiracinta untuk mengambil Lara tetapi dihalang oleh Firman dan rakan-rakan. Pinto berjaya mengambil Lara, Kak Pora ditikam oleh pengikut Pinto. Firman dan rakan yang lain terus mengejar Pinto sehingga ke tempat Pinto dan bertarung. Setelah bertarung Firman mengambil Lara dan terus ke pantai bersama rakan-rakan yang lain. Setelah beberapa hari Pinto datang untuk membalas dendam, Pinto menyerang Firman dan mereka bergaduh sehingga Pinto mati di tangan Firman. Di dalam masa yang sama Lara selamat melahirkan anak. Selepas beberapa bulan berlalu mereka menjadi satu keluarga yang bahagia.


COMMENTS

Name

2011,3,2AM,1,2PM,1,Aidilfitri,1,anime,1,artist,10,boots,5,Champions League,3,ChiChi,1,Computers,1,Drama,5,elemen,1,f(x),2,F1,1,film,4,gambar,4,Gavy NJ,1,gempak,1,Iqa Mentor 5,1,islamic,1,japanese,11,jersey,3,korean,16,kpop,14,Lionel Messi,1,magazine,4,malaysia,10,mentor,5,movie,3,Naruto,1,nike,5,Park Shin Hye,1,photos,30,pictures,43,poster,2,Rainbow,1,Salma Mentor 5,1,Sasaki Nozomi,1,Shiha Mentor 5,1,SHINee,1,Spider,1,sports,19,tech,2,tutorial,1,TV3,1,utopia,1,V.I.P,6,Wallpaper,6,Windows,1,Windows8,1,YUI,2,
ltr
item
Koletsy: Sinopsis Jiwa Taiko
Sinopsis Jiwa Taiko
http://4.bp.blogspot.com/-82hcFhydIWU/T7CyHC4OMYI/AAAAAAAAFY0/hT-RMRdepUA/s320/Jiwa+Taiko.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-82hcFhydIWU/T7CyHC4OMYI/AAAAAAAAFY0/hT-RMRdepUA/s72-c/Jiwa+Taiko.jpg
Koletsy
http://koletsy.blogspot.com/2012/05/sinopsis-jiwa-taiko.html
http://koletsy.blogspot.com/
http://koletsy.blogspot.com/
http://koletsy.blogspot.com/2012/05/sinopsis-jiwa-taiko.html
true
271674070931187192
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy